27/04/14

Jawatan Kosong Pusat Zakat Selangor - April 2014

Jawatan Kosong Pusat Zakat Selangor - April 2014

Ditubuhkan lebih sepuluh tahun lalu, Pusat Zakat Selangor (Majlis Agama Islam Selangor), begitu sinonim dengan peningkatan kesedaran berzakat di negeri Selangor dan kecekapan mengagihkannya. Selama sedekad itu, banyak institusi Islam yang dibantu, golongan dhaif yang mampu tersenyum puas – punya jaminan hidup, sosio ekonomi dan budaya yang seimbang. Telah lebih sepuluh tahun jugalah PZS (MAIS) terus berdakwah, berdoa dan bertawakkal untuk membimbing dan mengajak seluruh umat Islam menunaikan rukun Islam yang wajib ini.
Sesungguhnya amanah tersebut akan terus dipegang dan ditunaikan dengan sebaik mungkin agar rukun Islam ini akan terus dijunjung dan dimartabatkan. Telah sepuluh tahun juga PZS (MAIS) sentiasa berusaha memberikan khidmat yang terbaik buat kumpulan sasarnya – pembayar dan penerima zakat. Dengan didukungi lebih 300 kakitangan dan sokongan 23 buah kaunter perkhidmatan, dua kumpulan sasar ini sentiasa memberikan khidmat dan layanan terbaik. Hanya yang terbaik daripada PZS (MAIS) kerana “anda di hati kami”.
Kini setelah sedekad berlalu, PZS (MAIS) berazam akan terus memberikan yang terbaik, dengan sokongan anda semua. PZS (MAIS) akan terus memikul dan menjalankan amanah sebagai amil dan amilin. Itu komitmen PZS (MAIS). Dengan motto ” Peneraju Keseimbangan Sosio Ekonomi Ummah” PZS (MAIS) kini telah dikenali sebagai LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (MAIS). Semoga dengan penaiktarafan ini akan lebih meningkatkan lagi mutu kerja dan komitmen dalam menguruskan kutipan dan agihan zakat kepada 8 golongan asnaf dengan lebih berkesan di Negeri Selangor. 

Jawatan Kosong Pusat Zakat Selangor - April 2014

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Lembaga Zakat Selangor (MAIS) sebagai (Klik untuk maklumat lanjut) :

▶ Jururawat / Jurupulih Perubatan Pjwezs
▶ Eksekutif Pembangunan Warga Emas Pjwezs
▶ Eksekutif Pentadbiran Dan Kewangan Pjwezs
▶ Administrative Assistant
▶ Eksekutif Pengurusan Penjagaan Harian Pjewzs


Cara Memohon

Maklumat iklan jawatan kosong di Lembaga Zakat Selangor dan permohonan secara online boleh dibuat disini
Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
3-01-1, Presint ALAMi,
Pusat Perniagaan Worldwide 2,
Persiaran Akuatik,
Seksyen 13,
40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-5522 7700 Fax: 03-5522 7722
Talian Zakat Selangor : 1-800-88-5353

Tarikh tutup permohonan : 23 – 24 Mei 2014

Jawatan Kosong Pusat Zakat Selangor - April 2014

0 ulasan

Catat Ulasan