28/04/14

Jawatan Kosong di Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak

 Jawatan Kosong  di Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak 



Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak telah diperbadankan pada Februari  1973 hasil mesyuarat antara YAB Dato’ Seri Haji Kamaruddin Bin Hj. Mohd Isa (Menteri Besar ketika itu) dengan ahli mesyuarat kerajaan negeri Perak (Exco). Tujuan utama penubuhan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak adalah:-

1)     Melahirkan perusahaan dan pembangunan pertanian dengan cara membuka ladang secara besar-besaran.

2)    Bergerak sebagai badan perniagaan,perusahaan dan pembangunan pertanian hendaklah dijalankan untuk menjamin

       negeri dapat bekalan bahan-bahan makanan yang mencukupi.

Sejajar dengan keputusan tersebut, penubuhan Perbadanan telah diwartakan di dalam Enakmen Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak bil.2 tahun 1973(asal),pin.9(1974) dan pin.bil7(1981) dan mula beroperasi pada tahun 1974. Operasi Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak adalah berlandaskan kepada objektif-objektif berikut :-

1)    Meningkatkan pertumbuhan industri pertanian negeri perak.

2)   Menjalankan aktiviti secara langsung dan tidak langsung bagi membantu individu,kumpulan, syarikat atau agensi

      dalam menggalakkan pembangunan pertanian.

Struktur pentadbiran PPPNP diketuai oleh YAB Meteri Besar Perak  sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah. Ahli-ahli Lembaga Pengarah pula terdiri daripada Ex-Officio iaitu :

i)     Setiausaha Kerajaan Negeri Perak

ii)    Pegawai Kewangan Negeri Perak

iii)   Penasihat Undang-Undang Negeri Perak

Selain daripada itu, ahli lembaga ini juga dilantik dikalangan Ahli Dewan Undangan Negeri , Ketua – Ketua Jabatan Negeri Dan Persekutuan Serta Ahli Korporat Dan Perniagaan.

Operasi utama perbadanan adalah dengan membuka tanah-tanah yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri untuk dimajukan dengan projek-projek pertanian. Ladang pertama yang dibuka adalah Ladang Jalong Tinggi di Sg. Siput (U) seluas 3500 ekar dengan tanaman kelapa sawit pada tahun 1975.

Pada awal penubuhan, PPPNP bermula dengan tanaman kelapa sawit dan getah selain tanaman kontan seperti ubi kayu di Ladang Ayer Kuning pada tahun 1978, Akibat penurunan harga pasaran getah dunia pada tahun 1975, PPPNP telah menumpukan kepada pembukaan ladang kelapa sawit.

Hasil daripada usaha gigih pihak pengurusan dan warga kerja, PPPNP kini telah memiliki 29 ladang kelapa sawit termasuk sebuah ladang yang terletak di Palembang, Indonesia. Disamping itu juga PPPNP mempunyai 2 buah kilang memproses sawit yang terletak di Kg. Gajah, Perak dan juga di Palembang,Indonesia.

Jawatan Kosong Terkini 2014 di Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk berkhidmat di Kumpulan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak dalam jawatan-jawatan seperti berikut :

Jawatan:-

1. SETIAUSAHA
2. PENYELIA PENGELUARAN
3. QUALITY CONTROL (QC)
4. EKSEKUTIF AKAUN
5. PEGAWAI PEMASARAN
6. EKSEKUTIF AUDIT DALAM

Tarikh Tutup : 09 May 2014

Cara Mohon:-
Calon-calon yang berminat hendaklah menghantar permohonan secara bertulis dengan menyertakan "resume" yang lengkap beserta gambar ukuran passport (tidak dikembalikan) kepada alamat berikut :

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
PERBADANAN PEMBANGUNAN PERTANIAN NEGERI PERAK
NO. 3, JALAN TAMAN KINTA
TAMAN CHATEAU, 30250 IPOH,
PETI SURAT 228, 30730 IPOH.
(U.P. BAHAGIAN SUMBER MANUSIA)

Muat turun syarat kelayakan di bawah.

Jawatan Kosong Terkini Perak 2014
Maklumat Iklan & Syarat Kelayakan

Jawatan Kosong Terkini 2014 di Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak

0 ulasan

Catat Ulasan